Start dari jumaat gigi aku dah rasa semacam jer, aku ingat macam selalu sakit kejab lepas tuu baik tapi sangkaan aku melesit ler, sakitnya dah tahap kronik malam nak tidur pun susah. Siap mimpi pegi cabut gigi tuu. Aku nie jenis yang takut nak cabut gigi, kalau cite pasal cabut gigi aku sensitif sikit. Tak tau sebab apa, tu sebab aku tak pernah cabut gigi dari aku darjah 1 sampai umur aku 19 tahun. Aku pun tak tau napa, nak kata aku nie penakut tak gak....heheheh. Tapi aku memang sensitif pasal cabut gigi nie.
Ari nie aku ambik keputusan berat untuk pegi cabut gigi. Jauh gak aku carik klinik gigi siap pakai GPS. Yerlah ari nie ari ahad banyak klinik yg tutup. Sampai kat klinik perasaan aku dah bercampur baur, seram siut. Ada 3 orang yang tengah tunggu so campur aku 4 orang ler. Sah ler aku nie penakut nak cabut gigi, ada ker dah register lepas tuu hati aku kata suruh aku balik. Tak patut betul ler hati aku nie. Kalau dulu masa 1st time aku pegi cabut gigi, kekasih aku merangkap bini aku ler yang pegi temankan sampai kat dalam bilik doktor. Kau bayangkan ler bertapa beraninya aku...huhuhu.
Mungkin aku nie berdarah hang jebat kot, yerlah kau tengok jer lah cita hang jebat mana ada dia pegi cabut gigi...huhuhu. Sampai jer nombor aku mulalah perasaan seriau aku mula menusuk jiwa. Bila start aku baring atas kerusi tempat cabut gigi tuu, aku nampak doktor dah siap dengan alatan nak check gigi aku. Lepas dia sapu ubat bius, perkara yang aku harap tak terjadi, terjadi jugak. Peh besar betul jarum dia, lagilah tercabar perasaan aku. Dengan perasaan tak malu aku tanya doktor tuu, boleh tak kalau tak inject....tak malu sungguh aku kan. Doktor tuu senyum, dia kata tak sakit ler, sikit jer macam kene gigit semut...hehehe ayat nie aku reka sendiri. Lepas jer kene inject rasa macam baru abis periksa SPM, bab cabut aku tak takut pulak napa tah.....
Kesimpulan dari cerita aku nie, aku memang phobia cabut gigi. Mintak2 jangan ler anak2 aku ada yang kenan, bak kata orang jawa....mintak jauh jambanbaik jugaget...betuk ker ayat aku....hehehe.
2 comments:
koman spanar betul org laki takut cabut gigi...kekeke...
abih tu sebelum ni (dr darjah 1 sampai 19 tahun tu) camner awak cabut gigi? gugur sendiri ke?
hehehe
Tak pernah cabut, tampal pernah ler. Umur 19 tahunbaru kali pertama cabut gigi. Tuu pun tahap critical tak boleh tidur.
Post a Comment