Macam2 peristiwa yg berlaku sepanjang 2009, sedih, pahit, gembira dan sebagainye. Tak perlulah kita dihuraikan apa yg sedih, gembira & pahit tapi cukup sekadar simpan jadi kenangan.
Aku rasa banyak perkara yg baik terjadi dalam diri aku sepanjang 2009. Syukur kepada tuhan atas setiap pemberianNya walaupun kadang kala umat mu ini lupa akan perintah dan larangan mu.....Ya Allah Ampuni Dosa2 ku.
Segala yg baik & yg buruk itu ada hikmahnya dan sebagai insan biasa kita hanya perlu memikirkan yg positif kerana berfikir positif dapat membantu kehidupan harian kita.
Apa yg paling menyentuh hati aku pada penhujung tahun nie ialah sahabat aku yg mula berhijrah kearah kebaikan, semuanye bermula dari kisah yg pahit tapi Allah lebih tau siapa yg Dia lebih sayang.
Azam tahun 2010 cukuplah sekadar aku katakan aku nak cuba perbaiki akhlak & peribadi aku kerana aku rasakan banyak kekurangan dalam diri aku sebagai manusia biasa. Dan tak lupa untuk utamakan anak & isteri aku yg kadang2 aku terlupa yg mereka merupakan sumber inpirasiku.
Tak kisahlah apa yg kita azamkan yg penting semangat untuk berubah merupakan satu perkara yg baik.
SELAMAT TINGGAL 2009 SELAMAT DATANG 2010.
No comments:
Post a Comment