Tah betul ker tidak aku dapat e-mail baru2 nie kata yg minyak akan naik around RM3.80~RM4.00 per liter. Nah ambik kau kalau betullah naik sah kena naik basikal ler cam nie.
Kalaulah betul naik, aku pasti alasan biasa yg kita akan dengar, kerajaan tak mampu tanggung subsidi minyak lagi....so what???. Sapa yg kena tanggung? rakyat ker?........tak masuk akal betul. Dah kerajaan tak mampu ingat rakyat mampu ker?.
Naik boring dah aku dengar cite cam nie, setiap kali minyak naik naik alasan yg sama jer aku dengar. Implikasinya bukan setakat tu jer, nanti banyaklah benda lain yg naik sama dengan alasan minyak naik harga dan yg takde kene mengena dengan minyak pun akan naik sama confirmed......
Dan setiap kali minyak naik menteri pun sibuk ler buat lawatan mengejut dan lepas tu kuar berita semua harga barang terkawal. Yg dia check pasar raya besar2 memang ler, cuba ler jenguk2 kedai kecik2. Bukan semua orang shopping hari2 kat Jasco, Tesco, Giant...ect. Tapi nak cakap statement tu bodoh tak leh gak sbb memang dia check kat pasaraya tu mmg ler harga terkawal, tu pun masa menteri buatt lawatan ler lepas tu sama gak.
Aku nie duduk kat Johor dan dah lebih 10 tahun aku keje kilang. Kalau kau orang nak tau 10 tahun lepas gaji engineer fresh grad around RM1600~RM2000, tapi lepas 10 tahun(sekarang ler) gaji yg sama diberi untuk fresh grad. Macam mana nak bawak Malaysia ke tahap ekonomi 1st world kalau gaji pun tak berganjak, langsung takde beza dari dulu sampai sekarang.
Aku biasa gak gie singapore sbb kadang2 mmg ada assignment kat saner. Tapi aku bukan nak cita pasal assignment aku tapi aku nak cite pasal taraf hidup penduduk kat saner. Kalau kau org nak tau range gaji pekerja kat sana(aku ambik engineer range) adalah sekitar S$3000~S$5000. Kalau tau tengok gaji dia agak besar gak kalau ditukar ker RM. Tahyak ler convert cukup sekadar kau orang tau range gaji dia orang.
Apa yg aku nampak taraf hidup rakyat singapore nie agak rendah kalau dibandingkan dengan rakyat malaysia. Kau org nak tahu nape aku cakap cam tuu? Contohnya katalah gaji engineer kat malaysia RM2000 dan gaji engineer kat singapore S$2000, tapi kat singapore kalau kau orang sarapan pagi kat sana order roti bakar + Telor separuh masak 2 biji + teh tarik = S$2.00....mahal? memang ler mahal kalau kau convert ker RM
Tapi cuba pulak kau order benda yg sama kat kedai mamak harga dia tak lari RM3.00.
Apa yang aku nak sampaikan dengan gaji yg sama angkam, tapi nilai pembeliannya dah lain, tuu yg kita namakan taraf hidup. aku pernah makan nasi beryani kat singapore + teh"0" = S$4.50 tapi kalau kat kedai mamak kat johor nie order nasi beryani + teh"o" tak lari RM7. Bukan aku nak kata kat singapore tu best kat malaysia tak best, tapi yg best memang aku kata best dan yg tak best tetap tak best.
So bebalik semula cita pada minyak naik tadi, aku mintak pada kerajaan supaya tengok2kan rakyat kat bawah nie supaya jangan yg miskin makin bertambah miskin tapi yg kaya bertambah kaya. Rakyat malaysia kita nie dah makin pandai menilai, jangan sampai rakyat meluahkan perasaan masa pilihan raya buruk padahnya.
Selagi ada masa tunjukkan yg kerajaan mmg ambik berat pasal rakyat dan sebagai balasan kami rakyat biasa nie akan sokong kerajaan tanpa berbelah bagi........
4 comments:
yazid,
email tu email tipu kot. cer cek nama menteri tu.mana ade nama menteri tu dlm kabinet Malaysia. tp mungkin gak betul kerajaan nak naikkan harga so dia keluarkan rumous dulu utk tgk reaksi rakyat.
skrg ni mmg nampak sgt tak balance dr segi pendapatan.
kalo tgk skrg ni gaji RM2000 ke bawah dah dikira sbg berpendapatan rendah. berapa ramai yg bergaji bawah RM2000? Maksudnya taraf hidup kat Malaysia ni dah semakin tinggi tak sejajar dgn pendapatan rakyat. Kan tak normal tu...
Entahlah..bosanlah dgn suasana skrg yg tak memihak pd kita.
Bukan ler nak blame kan kerajaan pun, cuma kadang2 banyak sangat benda yg berlaku sejak 2 menjak nie jadi tanda tanya.
Kalau semua yg kerajaan buat tak effect rakyat takpe, nie kita yg tiap2 tahun bayar cukai kat kerajaan masih nak kene bayar benda yg tak patut.
Bukan ler nak blame kan kerajaan pun, cuma kadang2 banyak sangat benda yg berlaku sejak 2 menjak nie jadi tanda tanya.
Kalau semua yg kerajaan buat tak effect rakyat takpe, nie kita yg tiap2 tahun bayar cukai kat kerajaan masih nak kene bayar benda yg tak patut.
itulah,
dari sehari ke sehari makin ketara ketidakadilan. kerajaan seolah-olah takde inisiatif langsung nak bantu rakyat. lg nak menyusahkan hidup rakyat adalah.
isu royalti minyak tu pun tak sudah2 lagi. beri sjlah pd yg berhak. bukan hak kita pun semua benda dlm dunia ni. semua milik Allah.
Post a Comment