Baru2 nie ada kajian menunjukkan kenaikan taraf hidup rakyat malaysia 10% berbanding kenaikan gaji hanya 2%. Ada sebuah akhbar menulis bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yg perlu untuk memastikan kenaikan taraf hidup seimbang dengan kenaikan gaji.
Saya pernah ulas benda nie berberapa minggu lepas dan sekarang apa yg saya katakan macam terbukti benar. Apa yg nak saya katakan kalau 10 tahun dulu gaji rm1500 dah di anggap berada tapi sekarang gaji rm1500 dah dianggap berpendapatan rendah.
Anda bayangkan masih ada operator pengeluaran yg berpendapatan sekitar rm500, agak2 mcm mana nak survive kalau duduk kat bandar cam johor nie? Itu sbb sekarang nie ramai pekerja asing yg banyak keje operator pengeluaran dari rakyat tempatan.
Kerajaan selalu kata yg rakyat malaysia terlalu memilih perkerjaan tapi cubalah anda berkerja dengan gaji rm500. Kalau bujang oklah jugak tapi kalau dah ada family?
Apa agaknye yg akan berlaku 10 tahun akan datang? adakah ekonomi malaysia akan berada pada tahap negara maju atau masih dalam kategori negara membangun? anda fikirkan sendiri.
Kerajaan sepatut dah ada masterplan mcm mana nak gerakkan ekonomi pada tahap negara maju tapi sekarang nie malaysia masih bergantung pada tenaga buruh yg rendah so mcm mana nak maju cam tuu.
Saya bukan org yg pandai pasal ekonomi, tapi kalau setiap hari kita berbelanja dan setiap hari harga barang naik secara automatik kita rase yg taraf hidup kita dah bertambah tinggi. Dahlah kenaikan gaji tak seberapa mcm mana kita tak persoalkan kerajaan betul tak?
Nie dengar2 nak kenakan gov tax untuk setiap barang yg dibeli kononnye nak tiru australia lah amerika lah, apa hal pulak yg kene bayar rakyat jugak. Sape yg untung, tuu yg untung peniaga dengan sekutu sekutunye.
Malaslah aku nak komen banyak2 nanti org kata aku nie anti kerajaan, tapi kalau dah setiap hari dibebankan dengan benda2 yg tak masuk akal cam mana rakyat nak kata kerajaan sekarang banyak membantu rakyat.......
Prinsip aku "yg salah tetap salah dan yg betul aku sokong" tak kira sape.
No comments:
Post a Comment