Monday, August 9, 2010

FB oh Facebook

Klik2 mail pg nie adalah seorang hamba Allah yg hantar mail pasal FB(dalam bahasa melayu "mukabuku") pandai2 ler kau org terjemakkan ke bahasa penjajah.....

Tajuk mail dia berbunyi "FB yg melalaikan". Bunyinye macam biasa aku dengar dan biasenye mail macam nie aku delete terus. Tapi ntah nape aku nak terbaca pulak.

Mail tersebut menceritakan bagaimana FB memorakperandakan(betul ke bahasa aku) rumah tangga....Mungkin apa yg menarik tentang mail nie dia ada ceritakan kisah benar pasal pasangan rumahtangga yg huru hara disbbkan FB.

Cerita bermula dengan si suami yg baru balik dari kerja(penat ler tuu) berteriak kat isteri dia "ayang(kasi ayat power sket) abg laparlah, sayang dah masak belum?" tanya si suami. Jawab si isteri "Kejab yer bang saya tengah kasi makan kambing nie!!(tah game FB farmville ke hape tah). Si suami yg kepenatan dan terkilan tadi membalas kata2 isterinye "yerlah ayang, kambing tu lebih penting dari sayakan".

Selam sejam, si isteri kedapur untuk memasak makan malam untuk suaminye. Bila sampai ke dapur si isteri tengok pingan & periuk bekas masakan terperuk dalam sinki. Dalam hati si isteri "sah makan nasi lauk telur lagi laki aku nie" perasaan kesal bermain di fikiran si isteri tadi.

Malam pulak si anak merayu kepada si ibu untuk tolong ajarkan karangan BI, si ibu pun berkata "kejablah ibu nak cakap ngan kawan ibu kat FB nie". So tunggu punya tunggu si anak pun tertidur sambil buku terlumkup kat atas mukanye.

2 cite tadi menunjukkan contoh2 bagaimana FB boleh membuatkan kita lupa sekejab pada benda yg sepatutnye kita dahulukan....bukan si kambing tadi. Maaflah pada sang isteri kerana contoh tu untuk isteri...yerlah kalau si isteri tulis mesti si suami yg jadi contohnye...betul tak?

So cubalah elakkan dari beberapa perkara di FB seperti dalam mail yg aku baca pagi tadi,
1. Cuba buang niat nak cari glamour bila tulis sesuatu kat wall...maksudnye bangga ler bila ramai org komen(aku mcm mana eak....huhu ada ler sikit2)
2. Elakkan memberi info pasal masaalah diri sendiri,kerana dikuatiri ada yg mengambil kesempatan(especially bagi si isteri2, yerlah yg tukang bagi nasihat tu laki org so mcm2 boleh terjadi)
3. Jangan bagi tau kita tiada di rumah atau apa2 yg boleh menyebabkan "penjahat"(wah ganas bunyinye) ambil kesempatan. yerlah dia org tau kau takde kat rumah apa lagi....
4. Jangan sesekali mengumpat kawan2 kat FB sbb dalam FB nie banyak kawan atas kawan kang silap2 ada yg tak bertegur sape.
5. Yg paling penting jangan sesekali letakkan semua personnel info dalam profile. Dikuatiri ada org yg menyalahgunakan...contohnye nombor telephone.

Kalau nak list banyak lagi tapi tu jerlah yg penting so baca dan pikir2kan lah sama ada list kat atas terjadi atas diri kita.........


SELAMAT BERPUASA....kurang FB yer, banyakkan ibadat.......

No comments: