Tak tahu nak sebelah mana pihak tentang wang haram kerajaan Penang, sbb bagi aku yang jahil nie haram tetaplah haram. Tapi yang jadi muskil kenapalah benda nie tiba2 jadi hot topik. Yang paling kesiannye, org2 tua pun terlibat sama. Kesianlah depa tu semua dah tua janganlah libatkan mereka dalam hal macam nie.
Kenapa benda2 macam nie boleh jadi masaalah, maksud aku yang salah tu tetaplah salah tapi kenapa perlu kita dipolitikkan. Cuba tanya balik apa yg kita dapat sebagai rakyak malaysia bangsa melayu dan beragama islam?
Agama sekali lagi jadi topik perbualan dan ini secara automatiknye akan menyebabkan org ramai akan lebih menjauhi islam itu sendiri kerana mereka fikir islam itu terlalu complicated. Dah diterangkan, ISLAM itu adalah Ad Din atau cara hidup dan cara hidup ISLAM tak seperti yg digambarkan.
Banyak lagi benda2 besar yg sepatutnya kita perjuangkan sebagai orang melayu terutama yang beragama islam nie.
1. Ramai remaja melayu islam yg termengandung luar nikah
2. Ramai org melayu islam yg miskin hidup melarat.
3. Banyak makanan yg berada dipasar raya tuu belum sah halal haramnye.
4. Rasuah sini sana
5. Remaja liar tanpa pegangan
6. Arak dimana2
7. Pusat judi dimana2
8. Pusat urut dimana2
9. Disco dimana2
10. dan banyak lagi
Itu yg patut kita juangkan untuk membantu rakyat bukan menghasut rakyat. Dimana para pemimpin yg bijak pandai tak kira dari kerajaan atau bukan kerajaan membantu dalam usaha mengurangkan isu2 di atas.
Surat khabar dan media masa hanya mengambil keuntungan diatas berita2 sensasi tersebut, tapi terfikirkah kita bertapa bahayanya jika kita sentiasa bermain dengan agama. Insyallah saya percaya jika kita ikhlas memperjuangkan agama insyallah org ramai akan nampak tak perlu kita luangkan. Tapi jika kita cuba mempermainkan agama saya percaya Allah akan membalas perbuatan kita dengan azab yg amat pedih.
Fikir2 dan renungkan....Wasallam.
No comments:
Post a Comment