Sunday, October 24, 2010

Piala Malaysia 2010 - Kelantan Vs Negeri Sembilan

Akhirnya perlawanan akhir piala malaysia sekali lagi menyaksikan Kelantan bertemu negeri sembilan setelah kedua2 pasukan berjaya mengalahkan pasukan masing dalam separuh akhir kedua.

Kelantan mara dengan aggreget 1-0 setelah mengalahkan Kedah ditempat sendiri. Manakala negeri sembilan pula telah mengalakkan Johor FC dengan aggreget 2-1. Kedua2 perlawanan berakhir tanpa sebarang pergaduhan.

perlawanan terakhir akan diadakan di Bukit Jalil dan sudah tentulah advantage berpihak kepada pasukan Negeri Sembilan kerana faktor jarak. Tapi saya mengandaikan penyokong Kelantan sekali lagi akan memeriahkan stadium Bukit Jalil dengan jersi red warrior mereka.

Sekali lagi kedua2 pasukan mempunyai kelebihan masing2, tapi bagi saya berdasarkan permainan saya memilih pasukan kelantan untuk menjuarai Piala Malaysia 2010. Apa yang kita harapkan kedua2 penyokong dapat mengawal diri supaya tidak terjadi sesuatu diluar dugaan. Penyokong2 kelantan yang sememangnya dikenali sebagai penyokong paling fanatik hendaklah lebih bersikap matang untuk mengelakkan kejadiaan2 yang tidak diingini berlaku.

Semoga kedua2 pasukan memberikan persembahan yang terbaik untuk Piala Malaysia 2010 dan yang paling penting penyokong2 kedua2 pasukan dapat memeriahkan lagi pertandingan tanpa sebarang masaalah.

Good Luck.....

No comments: