Saturday, January 8, 2011

Pendapat aku - Kemelut BAM

Kemelut BAM sekarang dah tahap kritikal, kalau Kanser tu dah kira tahap ke-4. Aku tak nampak langsung tanda2 kemelut nie akan berakhir dalam tempoh terdekat. Bagi banyak pihak ramai berpendapat BAM adalah punca segala kemelut nie. Perkara macam nie pernah berlaku di FAM(bola sepak malaysia).

Bagaimana dulu FAM dikritik hebat oleh ramai pihak, prestasi bola sepak malaysia berada pada tahap hampeh dan penyokong mula bosan hingga setiap perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan langsung tiada yang berminat nak ambik tahu, sehingga stadium kosong dan paling memalukan penyokong negara lain lebih ramai dari penyokong Malaysia walaupun bermain di Malaysia.

masalah FAM berpunca dari beberapa pegawai dalaman FAM yg lebih banyak bercakap dari buat keje. Masing2 sibuk mencari nama dan kesempatan buat duit lebih dari menaikkan mutu bola sepak negara. Hasilnya Bola sepak malaysia hampeh sehampeh2 nye.

Sekarang FAM dah berubah, masing2 buat keje masing2 dan memberi keutamaan terhadap menaikkan mutu bola sepak negara, senang cite pegawai2 baru yg dilantik memang tahu apa itu bola sepak dan mereka memang buat keje dengan ikhlas dan bersungguh2.

Berbalik pada cerita BAM nie, masalah sama yg aku tengok disebabkan oleh pegawai2 yg tak tahu buat keje, tau bodek bos dan akhirnya inilah yg berlaku. Kalau tengok dalam BAM semua yg dilantik pegawai semuanya berpangkat "dato" dan aku pun tak pasti apa "dato"2 tu berminat sangat nak jadi pegawai BAM. Nak kata pandai main badminton, jauh sekali kalau lawan aku sah2 aku kasi 21-0..huhu

Ketua pulak asyik dengar cakap pegawai dan apa yg diberitau oleh pegawai diambil bulat2 tanpa usul periksa. Memanglah mesti ada orang kanan dan kiri tapi Bos yg bagus adalah Bos yg selalu turun padang dan sentiasa ambil tau masalah org2 bawahan jugak. Nie tidak, Bos hanya datang masa perlawanan penting, tapi masa latihan ker atau masa post mortem langsung tak jengok muka yg depa tau tunggu report dari pegawai mereka.

Orang macam nie sepatutnya sedar diri dan kalau rase diri kita tak layak maka berilah pada yg lebih layak dan berkemampuan. Jangan asyik nak nama bila pasukan negara menang dan pakat bantai ramai2 masa pasukan negara kalah.

Kalau aku jadi jurulatih malaysia yg dah sah2 tunjuk result yg bagus macam dato Misbun, aku pun mestilah ada demand sikit2 apa yg penting result. Apa salahnya kalau Misbun nak pilih anak dia untuk dia latih, kan lebih afdal. Memang ler kalau ikut profesional agak lari sikit, tapi kalau dato Misbun dah berjaya bawak ramai pemain badminton malaysia dari kosong ke tahap dunia aku rase tak salah rasanya Dato Misbun nak cuba benda yang sama untuk anak beliau.

Pada aku untuk selesaikan kemelut dalaman BAM, ketua kenalah dengar dari ke-2 pihak dan cuba paham apa yg tersurat dan tersirat. Dan yang paling penting pada aku, org2 yg lebih banyak bercakap dari buat keje kat BAM hendaklah dikeluarkan dari BAM agar badminton negara kembali ketahap terbaik seperti mana bola sepak kita.

Belum terlambat rasenya untuk BAM ambil iktibar dan tauladan dari apa yg berlaku. Janganlah kerana ego dan terlepas cakap BAM malu untuk memperbetukan diri. Cerminlah diri kita sebelum kita beritau org lain salah kerana pada saya kalau org bawah screw up actually org atas pun sama screw up. Bos yg baik adalah bos yang sentiasa memberi dan menerima kesalahan dan kelemahan diri sendiri mahu pun anak buahnya.

Malu pertanya sesat jalan, tapi sekarang dah lain kalau malu bertanya guna GPS untuk tunjuk jalan.......huhu.

No comments: