Saya ingin nyatakan pandangan saya mengenai perkara ini berdasarkan apa yang saya rasakan. Saya langsung tidak terlibat dalam sebarang kegiatan politik bahkan menyokong mana2 parti politik. Cuma saya terpanggil untuk memberi pandangan saya sebagai "rakyat kebanyakkan".
Kenapa kita harus membazir sekali lagi? kalau dulu kita kata kerajaan PR membazir dengan membeli kereta Camry mengunakan duit rakyat, kenapa pula sekali lagi kita ingin membazir dengan melelong kembali kereta tersebut? Adakah ini kemahuan kerajaan yg baru mengambil alih Perak atau pun ia kemahuan rakyat? Saya rase lebih mulia kalau berita yg dikeluarkan menyatakan kerajaan sedia ada lebih bersikap terbuka dan sanggup menggunakan kereta sedia ada untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi. boleh bukan ? dan sudah tentu saya sebagai "rakyat malaysia kebanyakkan" akan lebih tersentuh dari mendengar berita tentang ego yang cuba disampaikan oleh pihak media.
Sudah tentu kereta yg akan dilelong akan jauh lebih murah, nama pun "lelong". Adakah ada pihak2 tertentu cuba mengambil kesempatan? anda cuba fikirkan sendiri. Adakah dengan mendedahkan pesta lelongan tersebut maka rakyat kebanyakkan macam saya nie lebih menyokong atau simpati dengan kerajaan sedia ada? Saya rasa anda tau jawapannya dan saya rasa kerajaan sedia ada di Perak tak jauh bezanya dengan kerajaan PR sebelumnya "Membazir duit rakyat"
Kadang2 saya naik muak baca akhbar harian yang terlalu memuja dan menjaja cerita2 yang pada saya hanya sekadar "sampah". Rakyat sekarang lebih teruja untuk melihat kebenaran daripada menbaca cerita2 kebaikan seseorang yang sengaja dibuat2. Kebaikan seseorang takkan boleh disampaikan dengan kata2 tapi dengan perbuatan dan pandangan dari banyak pihak bukan dari satu pihak. sebagai contoh yang senang "Mawi", kenapa kalau dulu dengar saja nama Mawi saya dapat rasakan keikhlasan dan kejujuran dari dalam dirinya bahkan dulu saya langsung tak minat pasal hiburan tapi disebabkan Mawi ia mengubah pendirian saya tentang hiburan. Saya tak tahu apa yang hebat sangat tentang Mawi, tapi apa yang org kata kehebatan Mawi dulu adalah disebabkan kejujuran dan keikhlasan yang datang dari dalam diri dia dan semua ini takkan dapat dibeli dengan wang ringgit atau pun publisiti yang melampau. Tapi kenapa sekarang tidak? walaupun media cuba menceritakan pelbagai kebaikan tentang Mawi saya langsung tiada tarikan, tak kiralah pasal apa. Kenapakah ia terjadi? adakah Mawi sekarang tak sama dengan Mawi dahulu?
Itulah yang saya cuba sampaikan, sokongan atau simpati rakyat takkan datang dari cerita2 tentang kehebatan atau kemahysuran seseorang tapi saya percaya ia datang dari keikhlasan dan kejujuran diri seseorang itu dan secara automatiknya ia akan menyebabkan org yang menulis cerita2 mengenainya akan menulis secara ikhlas dan perasaan itu akan dapat dilihat oleh si pembaca. Inilah yang terjadi di Perak sekarang ini, apa yang dibuat nampak sangat ia adalah kehendak kerajaan bukan kehendak rakyat. Utk mencari sokongan rakyat kita kena tahu apa yang rakyat mahu dan bukan apa yang kerajaan mahu. Untuk mencari sokongan rakyat tidaklah susah sangat, anggaplah mereka penting dan sentiasa hargai mereka mase senang dan susah.
Dan tip paling berguna yang saya baca dari sebuah buku, untuk mendapat sokongan dari seseorang pastikan anda tahu apa yang mereka mahu dan pastikan yang pertama2nya anda kenal siapa dia & sebut namanya, tak percaya cuba.
Wasallam
No comments:
Post a Comment