Thursday, May 7, 2009

My Favorite Book

Beberapa minggu kebelakangan ini saya khusyuk membaca sebuah buku yg saya rasa dapat membantu sedikit sebanyak kehidupan saya. Buku yang saya maksudkan bertajuk "Bagaimana untuk mendapat kawan & bagaimana untuk menpengaruhi kawan".

Pada mulanya saya saya rase tiada apa2 yang menarik mengenai buku ini tapi selepas membaca berberrapa bab saya mula tertarik dengan apa yang cuba disampaikan dan sehingga ke hari ini saya masih belum menghabiskan keseluruhan buku tersebut. Sejarah saya membaca tak pernah saya jumpa buku yang betul2 memberi kesan yang mendalam setelah membacanya, tapi buku ini bakal merubah segalanya.

Apa yang disampaikan dalam buku ini ternyata berdasarkan kehidupan sehari2. Buku ini adalah terjemahan english ke melayu dan yang saya dapat pastikan disini kenapa ramai org barat boleh maju? Ternyata buku ini menceritakan bagaimana sikap kita sehari2 berdepan dengan orang disekeliling kita. Ternyata sikap orang barat tak ubah seperti orang kita juga, cuma bagaimana cara mereka berinteraksi & berkomunikasi dengan rakan & orang2 disekeliling mereka sedidik sebanyak berbeza dengan cara kita.

Berberapa contoh yang menarik dari buku ini saya akan cuba kongsikan bersama disini. Antara yang menarik minat saya ada satu kata2 dari salah seorang terkenal barat(saya lupa namanya) bunyinya,
"Jika kamu inginkan musuh sentiasa atasi kawan kamu dan jika kamu mahukan kawan rendahkan diri kamu dari kawan kamu". Cuba hayati kata2 tersebut, mungkin anda tidak fahamkan!
Mulanya agak susah untuk saya paham, tapi selepas menbaca penerangan buku tersebut maksudnya lebih kurang begini :-
Biasenya bila kita berkawan, kita suka menceritakan kelebihan kita, kesukaan kita dan kemahuaan kita tapi itulah yang kurang disukai orang kalau tak percaya anda boleh cuba cari seorang yang suka bercerita pasal diri mereka, kelebihan mereka dan yang sewaktu dengan mereka, apa yang anda rase ? bosan bukan ? memang benar, kalau kita memperinci kata2 tersebut kita akan dapati orang yang menceritakan tentang kelebihan mereka secara automatik umpama mereka cuba katakan yang mereka lebih bagus dari anda bukan? sebagai manusia biasa bila taraf kita direndahkan secara automatik juga kita akan rasa kurang senang dan akan cuba menjauihi orang begini.

Tapi cuba pula fahami ayat seterusnya "jika anda mahukan kawan cuba rendahkan diri anda dari kawan anda" jadi bagaimana ini berlaku. Ya, secara teorinya jika anda lebih banyak mendengar dari berbicara, dan sentiasa merendah diri orang2 berginilah biasenya yang mendapat lebih kawan. Bagaimana? cuba praktikkan contoh bawah dan lihat kesanya,

1. Cari seorang kawan yang biasa.
2. Cuba kaji apa minat kawan anda ini.
3. Pastikan anda mulakan cerita dengan minat kawan anda
4. Seterusnya biarkan kawan anda lebih banyak berbicara apa yang dia minati
5. Jangan cuba kata tidak atau mencelah ketika kawan anda berbicara
6. Tumpukankan perhatian dan senyum sebaigai tanda anda menyukai cerita beliau.
7. Sokong idea & cerita2 kawan anda.
8. Kemudian cuba lihat keputusannya dari sebelum2 ini.

Adakah kawan anda lebih bersemangat untuk bercerita? Ya
Adakah kawan anda rasa lebih dihormati ? Ya
Adakah kawan anda rasa dia lebih hebat ? Ya

Jadi secara automatiknya anda akan dapat seorang kawan yang senang dengan anda dan percayalah dia akan datang cari anda untuk cuba lebih banyak berbual.

Oklah tip2 diatas tak semistinya berjaya kalau kita tidah ikhlas, so fikirkankan ya...........Banyak lagi tip2 untuk berkawan dan mempengaruhi kawan nie, tapi saya tak pandai sangat nak bercerita lebih lanjut. Saya harap agar tip diatas tadi dapat dimaanfaatkan bersama.


Wasallan.

No comments: