Since aku ada belajar sikit pasal kamera, aku rase tak salah kalau aku berkongsi sikit ilmu dengan kau orang. Salah satu benda penting yang aku belajar pasal kamera adalah "semua kamera adalah sama, tapi yang membezakannya hanyalah cara kita menterjemahkannya dalam bentuk Gambar". Dalam maknanya tuu, aku rasa aku sorang jer kot yang paham..huhuhu. Oklah meh aku kongsi beberapa tip yang aku belajar dan aku rase kau org boleh cuba praktikan.
Tip1
Jangan sesekali mengunakan Flash(build in flash) jika cahaya(lighting) dalam keadaan yang terang(kecuali yg ada external flash DSLR). Tak kira kamera jenis apa compact atau DSLR. Sbbnya jika anda menggunakan Flash dalam keadaan cahaya yang terang, gambar yg anda hasilkan tidak real atau erti kata lain tak cantik. Dan jika anda ambik gambar orang(manusialah tuu) mukanya akan mudah nampak berminyak. Tak caya cuba.
Tip2
Elakkan mengambil gambar "center"
Maksudnya di sini kita suka letakkan orang kat tengah dan belakangnya object, tak kiralah masjid ker, rumah, bukit dan ect.ect.....Apa yang terjadi gambar yang terhasil dinamakan "boring picture" dan sbb kedua kita menghalang permandangan landscape yang kita cuba tunjukkan. Jadi cara yg betul, letak orang ditepi dan landscape yang kita cuba ambil ditengah.
Tip3
Elakkan mengambil gambar orang dari depan(maksudnya face to face)
Ini kerana jika orang itu berisi(bahasa kasar gemuk) maka kita akan menyebabkan orang itu akan lebih gemuk didalam gambar(tak caya cuba). So cara menyelesaikan masaalah ini adalah dengan mengambil gambar dari sisi & dari bawah keatas. Kalau anda practikkan dengan cara yang betul insyallah gambar yang diambil akan lebih menarik.
banyak lagi tip2 yang berguna yg akan saya sharekan, tapi setakat nie practikkan yang kat atas dulu kalau dah terror baru beralih kepada yang lain.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment