Sunday, August 9, 2009

mY bEsT gIfTs

Tup tap tup tap dah 8 tahun aku ada keluaga sendiri,rase macam baru jer aku berkenalan dengan bini aku. Yerlah dulu2 aku nie takdelah suka sosial sangat, lagipun niat aku kalau ada awek aku taknak sekadar berkawan tapi untuk dijadikan teman hidup sejati. Dulu aku nie bukanlah hensom sangat cukup makan jer, awek pun takde. Kau orang boleh bayangkan aku masuk U baru aku ada awek, itu pun cinta pandang pertama dan sekarang cinta pandang pertama aku nielah merupakan merupakan isteri tercinta aku. Banyak benda baru yang aku belajar selepas kawin terutamanya "tanggungjawab". Kalau dulu tanggungjawab aku hanya kat mak bapak aku tapi lepas kawin tenggungjawab dia lebih besar. Alhamdullih lepas kawin aku berazam taknak menyusahkan mak bapak aku, so aku ambil keputusan untuk duduk sendiri. Masa tu bini aku tengah sambung belajar kat UPSI. Kehidupan aku amat sederhana yerlah selepas 6 bulan aku kawin bini aku disahkan mengandung(sah aku nie lelaki sejati..hehehe). Suka tu memang ler tapi yang sedih tu kesian kat bini aku duduk jauh2 pegi klinik pun sorang2.

Masa tu dugaan and cabaran hidup memang banyak, yerlah setelah anak aku lahir terpaksa aku serah kat mak aku kejab untuk tolong jaga. 4 bulan jugak ler mak aku tolong jaga kesian mak aku. Masa tu aku tak dapat bayangkan tahap kesusahan aku dan kalau aku kenang2 sedih jugak. Tapi dengan dugaan macam tu jugaklah aku banyak belajar dan banyak berubah dari segala segi. Tak payah ler aku cite kat sini sabab kalau aku tulis pun kau orang tak berapa paham. Cuma aku boleh simpulkan perubahan dalam hidup aku amat ketara berbanding masa aku sekolah dulu.

Inilah isteri tercinta aku, cantik dan menarik pada pandangan mata aku. Alhamdullilah Allah temukan aku dengan dia, banyak benda baru yang aku belajar dari isteri aku nie. Orangnya agak simple tapi amat berdisplin. Kalau buat sesuatu benda tuu khusuk gilerlah. Aku ingat lagi masa dia start mengajar kat sekolah Men.Ulu Tiram, masa masuk2 dia kene ajar Biologi dan nak jadikan cerita dia kena mengajar dan jadi guru kelas"Nur Amalina". Kau orang kenal tak sape Amalina tu? alah best student malaysia yang dapat 17A1. Masa tuu bini aku nie tertekan giler, mana taknya kena ajar kelas budak pandai2. 2 tahun masa dia mengajar Amalina nie, selama 2 tahun jugaklah aku tengok dia selalu bangun pukul 3 & 4 pagi untuk buat preparation. Kesian aku tengok sedih pun yer. Si Amalina nie mengikut kata bini aku dia sebenarnya dah takyah gie sekolah kalau baca quaran tu dah kira katam kali keberapa pun tak tau. Dia datang sekolah sekadar memenuhkan rutin harian jer. Minah nie memang pandai + rajin pulak tulah pasal dapat pelajar terbaik. At last lepas dapat result SPM glamer kejab ler bini aku nie, masuk semua paper2 kat malaysia sampai bini sultan johor pun nak jumpa dia. Tapi aku respect ler bini aku nie, dia macam tak peduli langsung benda macam tuu, apa yang dia kata kat aku dia dah lepas satu bala yang dia tanggung selama 2 tahun so dia nak relax sikit.

kalau kau orang nak tau bini aku nie orang "Jawa" dan aku boleh kategorikan bini aku nie tahap rajin giler...hehehehe bukan nak puji tapi kenyataan. Kadang2 sampai aku naik rimas tengok kerajinan dia, mana taknya selagi dia tak tidur ada aje benda yang nak dibuatnya jarang ler aku tengok dia tidur, tak kira hari minggu atau hari biasa. Yerlah kalau nak dibandingkan ngan aku nie yang M dia besar, memang tak terlawan aku. Tapi aku ada kelebihan yang tersendiri dan yang tuu tak bolehlah aku nak cite sbb bini aku jer yang tau dan kalau aku cite sampai esok pagi pun tak abis heheheh....

Tapi sebagai isteri mereka sumua nie tak pernah lakang dari perasaan cemburu dan aku rase bukan bini aku jerlah. Memang semua perempuan ada gen "cemburu" nie ler, tapi alhamdullilah isteri aku nie taklah cemburu dia bertempat. Lagipun bagus jugak ada yang cemburu sbb ia mengingatkan siapa diri aku nie. At least ada orang yang ambik tau kemana aku pegi dan tanya bila aku nak balik. Tu tandanya dia sayang yang amat kat aku. lagi pun sape yang tak sayang bini betul tak.

Yang kat atas nie pulak hero2 aku, kalau aku kenang2 mmg tak dapat aku bayangkan mcm manalah isteri aku boleh jaga dia orang nie. Biasalah anak lelaki, 5 tahun jugaklah aku melalui pahit manis nak layan dia ornag nie. Aku tak dapat bayangkan macam mana aku nak hidup tanpa diaornag nie semua. Yerlah nakalnya Allah saja yang tahu, tapi benda2 mcm tulah yang kadang2 buat aku ketawa sorang2. Sekarang nie alhamdullilah mereka semua dah agak besar2 so taklah susah sangat aku jaga tak macam masa dia ornag kecil dulu. Anak2 aku nie ada benda yang special kat dia orang nie,


Yang nie Muhammad Hafidz Danial(7 tahun), perangai dia ada mcm maknya sikit kadang2 rajinnya terlebih. Dia nie orang perak sbb lahir masa maknye masih belajar kat UPSI. Cerita pasal rajin memang nampak sangat ler, kalau lepas makan tuu mestilah dibasuhnya pinggan dan yang buat aku geli hati tuu, habis dia bebelkan adik2 dia kalau makan tak basuh, sah ikut maknye...heheheh. Lagi satu perangai dia nie suka merajuk dan tak suka preasure, contohnya kalau aku tanya pasal periksa dia biasanya aku tanya"soalan dia susah ker senang?","boleh jawab tak?" dia mesti jawab "Danial tak taulah abah" atau pun dia senyap jer. Tapi so far alhamdullah result periksa taklah mengecewakan aku walaupun tak dapat nombor 1.

Yang nie memang agak lawak sikit Muhammad Hafidz Danish(5 Tahun) memang berbeza dari abang dan adik dia. Banyak kepada gen aku. Yang nie pulak kalau tanya bab periksa, yang biasa dia jawab "kata kacang giler abah" oh untuk pengetahuan anak2 aku panggil aku abah. Alhamdullilah dia cakap macam tu result periksa dia pun tak pernah mengecewakan aku. Uniknya anak aku yang sorang nie, kalau dia buat sesuatu benda memang khusuk....ala2 mak dia jugak. Tapi apa yang aku lihat dia lebih kearah gen aku sbb, merajuknya yang kuat dan M nya yg agak besar.......


Haa yang nie pulak Mohd Hafidz Hakimi, nak tau nape yg pertama & yang kedua start dengan "D" dan yang last start ngan "H" sbb aku ngan bini aku berdoa moga2 lepas nie aku dapat baby girl ler pulak. Yang nie aku masih tak berapa paham sikit perangai dia. Ada macam aku dan ada macam bini aku. Tapi yang aku paling suka pasal hakimi nie dia yang senang dipujuk dan tak banyak renyah. So far memang aku ngan bini aku agak manjakan dia sikit yerlah yg bongsu ler katakan. Sampai kadang2 tu dia mempergunakan aku ngan bini aku untuk kenakan abg2 dia. Kadang2 abg2 dia tak buat apa pun tapi dia punya nangis peh bingit telinga aku. Kesian kadang2 abg2 dia jugak yang kena marah. Tapi oklah kadang2 aku pun marah jugak, sbb tak boleh ler kita lebih2 manja anak2 kita sbb nanti ada yang terasa.
Saat aku menulis blog nie, anak aku yang sulung masih darjah 1, nombor 2 kat tadika dan yang ke3 kat tadika sama dengan abg dia yang tengah. Alhamdullih hari nie hafidz Hakimi dia nak belajar puasa. Aku doakan agar dia berjaya puasa ari nie. Sedia ajerlah petang nie kalau aku balik mesti banyak benda yang dia mintak. Takpelah selagi aku mampu, insyallah aku akan tunaikan lagipun itu adalah salah satu tanggungjawab aku yang diamanahkan oleh Allah subahanawataala.
Wasaalam.

No comments: