Wednesday, August 12, 2009

Tip Penggunaan Kamera 2

Salah satu masaalah yang aku nampak pasal kamera nie, kita susah nak paham bahasa kamera dan yang lagi susah nak jumpa orang melayu yang boleh share tentang penggunaan kamera nie. So kat sini aku akan cuba bagi penerangan as simple as possible pasal basic pengunaan kamera at least kalau sape practikkan boleh gak aku dapat pahala(jangan pulak practikkan ke arah kejahatan pulak aku tak halalkan pulak ler ilmu yg aku share..huhuhuh)

Benda penting yang kamu perlu tahu(nie untuk penguna DSLR saje dulu)

Apa yang penting dan anda perlu tahu pasal DSLR?
1. Shutter Speed
2. Aperture
3. ISO

Apa itu Shutter Speed & bila nak guna?
1/20, 1/30, 1/40, 1/50 ect... ini lah yg dinamakan shutter speed. Kegunaan shutter speed nie penting untuk kita gunakan bila kita nak ambil gambar sesuatu benda yang bergerak contohnya kereta, air terjun, org tengah berlari dan sebagainya. Tapi kena ingat makin tinggi shutter speed yang kita gunakan makin kabur gambar yang kita dapat. Untuk gambar yang cantik gunakan shutter speed dari 1/30 ~ 1/125(untuk sony Kamera shj, tapi untuk kamera lain dinasihat kan guna 1/50~1/125). Bawah dari 1/30 eg 1/20 anda dinasihatkan menggunakan "Tripot" kalau tak nanti gambar akan gegar
Kalau nak tau shutter speed tuan2 tu lambat ker cepat, selepas kamu tekan butang untuk ambik gambar dia akan ambik masa untuk process yang nie maksudnya shutter speed kamu bawah 1/30.

Contol kalau nak ambil gambar,
1. Air terjun - Guna shuttle speed yang bawah 1/20 sebab ia akan menangkap titik2 air yang mengalir(sila guna tripot key)
2. Kereta sedang bergerak - 1/1250 ia akan membuatkan kereta itu stay still.
3. Orang berlari - 1/250


Apa itu Aperture,
3.8, 5.6, 7.1 & ect...inilah yang kita panggil aperture. Kegunaan aperture nie penting untuk kita dapat gambar yang jelas dan terang. Makin rendah kita set aperture makin terang & jelas gambar yang kita dapat. Aperture nie bergantung pada cahaya jugak, maksudnya lampu atau cahaya semualajadi(matahari). Kalau cahaya terang sangat pun tak bagus sebenarnya contoh nya jangan ambik gambar bawah sinaran matahari yang sangat terang(panas ler tuu) unless kamu ada teknik dan skill yang betul. Aperture yang bagus biasanya 5.6 kalau dapat lagi rendah lagi bagus tapi bergantung pada kamera kamu jugak tapi biasenya 5.6 adalah minimum.

Apa itu ISO?
ISO100, 200,400,800,1200,3600 inilah yang kita panggil ISO. Kegunaan ISO boleh membantu kalau cahaya yang kita ada tak cukup terang so kita kena gunakan ISO yang tinggi. Tapi awas ISO yang tinggi contohnya 1200 akan menjadikan gambar kurang cantik. Bagi yang ambik gambar malam yang cahayanya suram2(lampu kalimantang) anda boleh pilih antara ISO400~ISO800. kalau ambil gambar kat luar waktu siang gunakan ISO200. Peningkataan setiap ISO level akan effect kamu punya Aperture(aperture makin tinggi) so kalau aperture makin tinggi gambar yang dihasilkan kurang cantik atau kabur sikit.
*oh lupa kat kamera tu ada button tulis "ISO" jangan pulak tak tau.


Bagi 1st time guna DSLR Camera
Bagi yang takda basic langsung pasal DSLR, ok langkah pertama set kan kamera anda pada "P" mode. P nie maksudnya "Program" yang boleh kita kata hampir sama kepada "Auto" mode cumanya Flash, ISO + beberapa item lagi kita boleh control manually. OK tekan separuh(snap button=button yang kamu guna untuk ambil gambar ler) kamu punya kamera dan lihat kat screen kamera dia akan auto set kamu punya Aperture & Shutter speed(so kamu boleh terus ambik gambar). Tapi macam yang saya cakap tadi kalau kamu tengok dia punya shutter speed less then 1/30 so sila guna Tripot kalau tak gambar gegar. kalau kamu tengok aperture dia tinggi, 8 & above kamu tinggikan sikit ISO kamu then kamu akan lihat apperture kamu akan berkurang sikit.

Bagi pengunaan Flash pulak, aku nasihat kan unless kalau tempat tu agak gelap baru ler nak guna flash sebab kalau kita guna built in flash gambar yang kita hasilkan tak real atau erti kata lain tak dapat mengambarkan actual situation atau mode object yang kamu ambil. Pengunaan external flash digalakkan.

Oklah dah agak banyak nie aku explain, so kalau kamu nak tau lebih lanjut boleh ler e-mail kat saya kalau saya boleh jawab saya akan cuba jawab. Lain masa saya kongsi lagi tip2 yang berguna.


Selamat mencuba.

1 comment:

Mya said...

sy suka entry ney. mudah untuk difahami,terima kaseh :D