Tuesday, September 1, 2009

Puasa Oh Puasa

Ari nie genap 11 ari umat islam kat malaysia berpuasa dan genap 11 ari jugak ler aku berpuasa. Ada beberapa perkara yang menarik sepanjang 11 hari aku berpuasa tahun nie,

1. Anak aku Hafidz Danish dah puasa penuh, kalau tahun lepas dia berjaya puasa 23 hari tahun nie aku yakin dia boleh puasa 30 hari penuh. Aku takdelah janji macam2, cuma aku kata aku beri duit raya berdasarkan jumlah hari berpuasa, so kalau 30 = RM30 ler. Tapi dia nie manja sikit, kalau bab bangun sahur tu kenalah aku atau isteri aku pandai pujuk kalau tak kau org paham2 jer lah. Hari ke-9 puasa baru nie ada kelakar dah kesian pun yer, masa balik ke kg aku anak aku nie nangis, puas aku dan bini aku tanya nape. Dia tak jawab, last2 dia bagi tau perut dia sakit sbb lapar. Bini aku nak suruh jer dia berbuka tapi disebabkan lagi sejam nak berbuka so aku pujuk ler baik2. Ahamdullilah berjaya jugak dia puasa penuh.

2. Mak aku masak dah macam nak buat kenduri. Mak aku nie kalau kau orang nak tau memang suka memasak, lagi2 kalau ada orang puji dia punya masakan. Kau orang mintak ler apa pun mesti dia masakkan punya. Minggu pertama puasa, kakak aku cerita 6 jenis makanan dia masak untuk adik aku sbb adik aku ngidam(tengah ngandung). Aku bukan apa nak marah jugak kat adik aku, orang lain ngandung gak tapi jangan ler sampai menyusahkan mak sendiri. Dan minggu almost semua orang balik kecuali adik aku kat klang tak balik, so apa lagi mak aku masak dari pagi hinggalah nak masuk waktu berbuka. macam2 jenis lauk pauk dia masak, last2 bila berbuka makan tak ler macam mana pun. Banyak yang tak abis, membazir jer. Nak cakap lebih nanti takut aku balik kg dia dah tak nak masak...huhuhu.....

3. Isteri aku yang excellence. Puasa tahun nie, bini aku nie rajin semacam jer. Semalam dia buat nasi goreng kampung + tomyam lemak sedap giler. Kalau waktu sahur tuu, aku cuma tinggal makan jer, dialah yg bangun pagi2 siapkan apa2 yang patut. Pagi nie aku teringgin nak makan sandwish, so dia siapkan ler. Peh best betul dapat isteri rajin macam bini aku nie. Tadi pun dia tanya aku nak makan apa, aku kata masak ler apa yang patut asal sedap. So far semua masakan bini aku sedap ler, bukan nak puji tapi kenyataan. Yang paling sedap bini aku masak ialah "mee goreng". Tak tau ler apa resepi yang dia guna, sampai pernah suatu hari mak aku mintak bawak bekal. Aku tau sangat mak aku nie makan memilih sikit, jarang dia puji masakan orang yerlah tukang masak ler katakan.

4. Aku berazam nak katam quran, doa2 kan ler aku yer. Insyallah start malam nie aku akan cuba sedaya upaya aku untuk habiskan balance2 yang aku baca masa sebelum puasa. Yerlah kalau sebelum puasa tu aku cuba buat 1 muka surat sehari tapi bulan puasa nie aku nak cuba at least 5 muka surat setiap hari...insyallah.


Mengikut perkiraan aku kita akan raya dalam tempoh 19 hari dari tarikh aku menulis blog aku nie. Aku harap bagi yang berpuasa penuh, alhamdullilah tapi bagi yang tidak pandai2 ler kau orang bayar kemudian hari yer.

Bagi yang nak balik kg tu jangan lupa check kenderaan anda, dan berhati semasa memandu. Nie aku ada satu petua kalau kau orang nak memandu tanpa mengantuk, sedia kan kuaci(apa2 jenis yg kau orang suka) dan sambil memandu kau orang kunyah ler. Insyallah so far aku cuba tak kira malam ker siang ker aku tak pernah mengantuk walau sesaat. Tapi bahayanya kalau kuaci yg berkulit nie agak bahaya kalau makan sambil memandu, so kau orang pandai2 ler edjust key.


Selamat berpuasa...........

2 comments:

Siti said...

Cuba tanya eton respi mi goreng dia. Pastu ckp kat saya. hehehe....

Unknown said...

Nanti saya tanyakan