Tercabar & mencabar betul hari nie. Dah 2 hari tak masuk office sbb audit kat supplier. Hari nie terbukti yg company hantar aku pegi course hampir 12K berbaloi.
Aku taknak tulis apa2 pasal audit hari nie, takut2 komen aku boleh menjejaskan sape2 yang membaca catatan aku especially aku punya supplier.
Sabtu pagi minggu nie aku ada football friendly macth lawan current support, petang pulak anak aku Hafidz Danish ada convocation lah pulak. Geli pulak dengar convocation...hehehe, dulu convo cuma untuk budak yang masuk U, tapi sekarang budak tadika pun ada convo yerlah logik apa, yuran pendaftaran pun sama macam masuk U.
Mula takde mood gak nak datang, mana taknye minggu lepas anak aku nie bagi tau dia dapat no# 10. Mase rase nak kecewa gak tapi nak sedapkan hati, aku kenangkan yang aku dulu langsung tak pernah masuk tadika dan yang bestnye aku pandai baca kalau tak silap bila aku masuk darjah 2 tu pun gagap..heheheh
Tapi ari isnin lepas anak aku nie bagi tau dia dapat no#2, confius ler aku. Bersungguh aku tanya dia masa dia bagitau aku, last2 aku yakin selepas abg dia yang sulung bagi tau aku benda yang sama. So kira interested jugak ler kau nak gie, yerlah aku nak dapat hadiah ler katakan...huhuhu.
Anyway who ever yang ada anak, kalau anak kita tak berapa pandai ker atau dapat no# yang tak best ker jangan ler marahkan si anak. Apa yang boleh untuk sejukkan hati cuba buat comparison masa kita berada kat umur dia. Yerlah budak sekarang nie banyak yang pandai2 no# bukan ukuran tapi tengok overall performance tuu yang penting.
1 comment:
haha..bdk2 skrg konvo 4, 5 kali dulu sblum konvo betul2.
Post a Comment