Sunday, November 8, 2009

Keputusan Piala Malaysia

Seperti yang aku jangka keputusan N.Sembilan menang taklah menjadi berita yang hangat dalam surat khabar hari nie, tapi yg hangat lagi sensasi merupakan berita penyokong kelantan yang buat kecoh.

Kalau fikir negatif memang 1001 macam perkara yang kita boleh bangkitkan, tapi boleh tak kalau kejadian semalam kita pandang dari sudut positif.

Yang pertama dimana kawalan keselamatan yg digembar gemburkan dalam akhbar sebelum perlawanan?
Semalam dah macam suasana malam hari raya kat kampung aku jer. Mercun berdentam dentum cuma yang takde meriam buluh jer. Aku rasa kalau meriam buluh tu boleh pasang siap dah lama lepas, macam takde penguatkuasaan langsung. Aku tunggu gak kot2 ada berita 20 orang kena tangkap dan akan dibicarakan kerana membawa mercun. Agak2 kau orang ler, diaorang nie malas nak check atau memang penyokong yg bawak mercum tuu sangat licik. Lu pikir lah sendiri.

Keduanya pulak kalaulah penyokong yang berada distadium bukit jalil merupakan penyokong malaysia, peh aku rasa semangat pemain malaysia lagi berkobar-kobar. Tapi macam biasalah pemain malaysia macam hangat2 tahi ayam panasnya sekejab lepas tu hempeh.

Yang penting kita memang tak kekurangan penyokong fanatik, jangan amik yg bakar kerusi dan baling botol tuu, sebab yg tu semua tak sekolah. tapi ambik yang pegang sepanduk dan meluang sokongan setiap kali pemaim bawak bola, aku rasa kalah penyokong fanatik kat england betul tak.

Selain tu kejadian semalam boleh dijadikan panduan buat pasukan keselamatan dan agensi2 yang terlibat bagi bersedia dalam membuat persediaan dari segala segi. Manalah tau kot2 akan datang malaysia terpilih menjadi host piala dunia.

dan yg paling penting semua surat khabar ada berita sensasi untuk dilaporkan. Aku rasa wartawan pun memang tunggu berita2 macam nie kalau tak tak bestlah baca surat khabar. Kalau tak percaya tunggu jerlah surat khabar esok.


Wasalam.

1 comment:

Siti said...

Tak pernah minat bola. dan semalam hubby saye pun mcm layan tak layan je siaran langsung bola dlm tivi sbb dia kate pasukan kelantan tak all out.