Wednesday, October 13, 2010

Al-Fatihah buat sahabatku Faezah....

Arwah adalah seorang yg pemurah dengan senyuman, tak pernah sekali aku nampak arwah dalam keadaan sedih ataupun marah. Perkenalan kami bermula semasa aku dan kawan memilih AJK junior untuk jawatan kolej.

Aku tak berapa pasti jawatan arwah, tapi kami sama2 berkursus di Frazer hill pahang itu yg paling aku ingat. Arwah sangat ceria dan sangat disenangi oleh sesiapa saja. Persahabatan kami bertambah erat bila arwah berkawan rapat dengan sahabat kami saudara Helmi(suami arwah sekarang).

Pertemuan terakhir kami semasa Re-union pertama di Melaka, kalau tak silap masa tu arwah sudah mempunyai seorang anak. Seronok sekali dapat berjumpa dengan rakan2 lama masa tu. Dan seingat aku, kami telah plan untuk berjumpa semula pada re-union tahun2 akan datangnye. Tapi apakan daya arwah dan suami tak dapat bersama di atas sbb2 yg tak dapat dielakkan.

Dan untuk re-union ke-4 kali nie yg sepatutnya pada bulan 7 2010 tidak dapat terlaksana kerana ramai yg tidak mampu hadir termasuk aku. Aku ingat lagi suami arwah bersungguh2 untuk menghadiri re-union tersebut tapi apakan daya kami terpaksa batalkan atas sbb yg tak dapat dielakkan.

Dan yg terbaru kami merancang untuk mengadakan semula re-union kali ke-4 di melaka pada bulan 11 nie dan sekali lagi suami arwah bersungguh2 untuk menghadirinya.

3 hari pada tarikh aku menulis blog ini, aku dikejutkan dengan berita arwah dalam keadaan tenat dan berada di wad kecemasan. Aku dimaklumkan arwah dimasukkan kehospital kerana barah otak dan keadaannye semakin kritikal selepas pembedahan.

Dan semalam aku dikejutkan dengan berita arwah telah pergi menemui Ilahi. tersentuh sangat hati aku, rasenya macam tak percaya berita yg disampaikan. Tapi apakan daya Allah lebih menyayangi arwah. Aku doakan semoga arwah ditempatkan di dalam golongan2 org2 yg beriman.

Buat sahabat2ku marilah kita sedekahkan Al-fatihah buat diri arwah semoga rohnya diberkati oleh Allah subahanawataala......Al-Fatihah.

5 comments:

Siti said...

Innalillah..
helmi tu yg mcm chinese look tu ke? saye kenal kot faezah ni. budak dek gak ke?

Unknown said...

Taklah helmy nie tinggi2 orgnya, ala pegi tengok kat FB saya namanye helmy khamis

Siti said...

gambar dia kat FB kecik sgtlah...tak nampak. ni helmi khamis yg berlakon iklan mosquito repeller ke mende tu ek? arwah wife dia tu budak utm gaklah ye? siannya. ada anak kecik lg tu. saye tumpang sedih.

Al-fatihah...

Unknown said...

Tak ler tuu org lain ler, check FB saya mesti ada nama helmy khamis tak pun cuba cari nama Faezah

Unknown said...

Tak ler tuu org lain ler, check FB saya mesti ada nama helmy khamis tak pun cuba cari nama Faezah